For solace, comfort should be prioritized.
~ Ozie
Salam sejahtera buat semua pembaca blog LAMAN SUTERA yang saya kasihi. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang tidak sepertinya ini. Semoga anda akan mendapat sesuatu untuk dimanfaatkan. Tip yang ingin saya kongsikan kali ini adalah diantara tip yang paling saya gemari kerana ia bukan saja telah menjimatkan kos perbelanjaan akibat terlalu kerap membeli berbagai jenis penyegar udara, tetapi ia juga membuatkan saya merasa sungguh lega kerana suami saya tidak perlu bising-bising atau kelam kabut lagi seperti kebiasaannya, bila terpaksa membuka semua tingkap dan pintu, menambah kelajuan kipas angin dan menyuruh saya segera menutup kuali, selepas atau setiap kali saya menggoreng ikan dan sebagainya kerana tidak tahan dengan bau yang terperangkap di dalam rumah. Caranya senang saja. Sebelum mula menggoreng, saya hanya perlu mengambil sebiji Limau Purut, hiris dan ramaskan sedikit kulit buah Limau Purut itu dan meletakkannya di bahagian tengah rumah saya. Hasilnya, bau akan semakin berkurangan malah seluruh ruang itu berbau harum. Semoga anda juga akan mencuba dan gembira dengan hasilnya.
BILIK TIDUR |
HARUMKAN RUANG TAMU, BILIK TIDUR, DAPUR DAN TANDAS
Gunakan cara yang sama seperti di atas, iaitu dengan mengambil beberapa biji buah Limau Purut mengikut keperluan, hiris dan koyak-koyakkan atau ramas kulitnya lalu letakkan di dalam bekas yang terbuka seperti piring, mangkuk, bakul kecil dan sebagainya. Tempatkan di sudut atau bahagian yang anda suka di ruang tamu, bilik tidur, dapur dan di dalam bilik air anda.
BUAH LIMAU PURUT |
Nota:
1- Bahagian yang akan digunakan adalah kulitnya sahaja. Anda boleh gunakan airnya untuk kegunaan lain seperti mencuci tangan, pinggan mangkuk atau untuk mandian dan sebagainya.
2- Pilihlah buah Limau yang tidak terlalu muda atau terlalu tua, kerana bahagian kulit Limau yang terlalu muda atau tua ini, kandungan cecair di dalam kulitnya mungkin kurang. Buah Limau yang terpilih, baunya boleh bertahan sehingga 2 atau 3 hari, untuk setiap aplikasi.
3- Setiap ruang mungkin memerlukan 2-3 hirisan sahaja bergantung kepada saiz bilik anda. Apabila bau kulit Limau semakin berkurangan, anda boleh meramas atau mengoyakkan kulit Limau tersebut, menjadi kepingan-kepingan yang lebih kecil, sehinggalah baunya tiada lagi dan bolehlah digantikan dengan yang baru.
Selamat Mencuba!
Hasil Ilham: * Ozie Mahsa
Selamat Mencuba!
* Please CLICK HERE to see more tips.
~ Thank You ~
kak ozie..nnti suzy try ek..rumah kt kuarters suzy lain mcm je baunye..kalau guna tips kak ozie agak2 hilang tak ek bau-bauan kt rumah tu??
ReplyDeleteInsyaAllah ....hilang masalah tu...tapi cari limau yg cukup matang ya....thanks anyway...
ReplyDelete