Sunday, October 28, 2012

* RESEPI ~ SAGUN SERBUK




Bahan-bahan:
1. Tepung beras ~ 1 kampit
2. Kelapa ~ 1 biji (diparut yang putih shj)
3. Secubit garam halus
4. Gula kastor/gula halus ~ 1 cawan/secukupnya
5. Daun pandan ~ 2 helai

Cara-cara:

1. Sangai (goreng tanpa minyak) kelapa parut dengan api yang kecil ke dalam kuali hingga separuh kering. Kacau tanpa henti supaya tidak hangus. Angkat dan ketepikan.
2. Sementara itu sangai tepung beras dalam kuali bersih bersama daun pandan (dibersihkan dan dilap kering) dengan api yang sederhana. Kacau tanpa henti hingga tepung separuh masak.
3. Masukkan kelapa dan kacau rata sehingga hingga tepung dan kelapa berwarna sedikit kekuningan.
4. Tutup api, keluarkan daun pandan dan taburkan secubit garam, biarkan sejuk sebentar di dalam kuali.
5. Bila sejuk gaulkan dengan gula sehingga rata mengikut kesesuaian rasa.



Nota:
* Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan rasa dan kualiti Sagun.

Jumlah hidangan:
* Untuk 20-25 orang.


* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...