Monday, October 29, 2012

* SAJAK ~ HAKIKAT KEJADIAN

Budi bahasa cermin peribadi.
Budi bicara cermin hati.
~ Ozie





* HAKIKAT KEJADIAN

Wahai ikan-ikan
yang bernafas di laut luas
berenang ligat ke dasar air
menyusur lalu di pinggir pasir 
aku hadir ...
buat mengamati keindahanmu
kerana ... pada dirimu itu
ku melihat kekuasan Tuhan
yang Maha Mengetahui
yang tidak sesekali aku ragui ....

Wahai serangga-serangga
yang bertebar di hutan liar
berlegar ria di pohon kayu
terbang terus mengharung waktu
aku hadir ...
buat meneliti keunikanmu
kerana ... pada dirimu itu
ku melihat kehebatan Tuhan
yang Maha Menghidupkan
yang tidak bakal aku nafikan ...

Wahai ulat-ulat

yang melata di bumi sasa
meratah puas rezeki terbuka
meranduk dalam gelap rongga
aku hadir ...
buat menyaksikan ketabahanmu
kerana ... pada dirimu itu
ku melihat kehebatan Tuhan
yang Maha Menjadikan
yang tidak mungkin aku remehkan ...

Wahai burung-burung

yang merentas di langit lepas
melayang girang ke sini sana
menikmati segala isi dunia
aku hadir ...
buat memerhati ketangkasanmu
kerana ... pada dirimu itu
ku melihat keagungan Tuhan
yang Maha Menguasai
yang tidak pernah aku sangsi .....

By: * OZIE MAHSA (31st. October 2012)



* Please CLICK HERE to see more poems.

~ Thank You ~   
                                                                                       

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...