~ Ozie
Pastinya tiada sesiapa pun di dunia ini yang mahu hidup bersendirian tanpa kehadiran seseorang yang dinamakan SAHABAT. Sehebat manapun kedudukan kita, setinggi manapun darjat kita, kita masih memerlukan sebuah ikatan persahabatan yang tentunya berperanan penting untuk mewarnai dan menceriakan kehidupan kita. Kemana pun kita pergi dan apapun yang kita lakukan, tanpa kehadiran seorang sahabat, pastinya perjalanan hidup ini tidak akan sempurna. Maka, hargailah ikatan ini dan semarakkan ia dengan seberapa banyak kebaikan dan kebajikan yang mampu mengukuhkan lagi ikatan tersebut.
CIRI-CIRI PERSAHABATAN DALAM ISLAM
Iman Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya, "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut" -
1- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu.
3- Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
4- Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatan kamu.
5- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
* Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian. Wallahua'lam ....
* Please CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA