~ Ozie
* DEMI HAJAT
Biar SARAT minda diSUMBAT
asalkan KUAT impian terSEMAT
Jangan diSEKAT apa diMINAT
asahlah BAKAT sebelum terLAMBAT
Segera berANGKAT jangan terLEWAT
sekalipun BERAT hati terIKAT
Terus diPAHAT dengan SEMANGAT
segala diHAJAT pasti menDAPAT
Atur MATLAMAT luruskan NIAT
semua diBUAT mendapat BERKAT
Andai TEPAT cara diSUKAT
Jiwa SIHAT tinggi MARTABAT
Apa terSIRAT akan terSURAT
hidup HEBAT beroleh RAHMAT
Jika LEBAT doa terPANJAT
di dunia SELAMAT bahagia di AKHIRAT
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA