Thursday, November 1, 2012

* JANGAN SESEKALI (INSPIRASI MINDA)

Matlamat dikejar, keutamaan disambar .....
~ Ozie



* JANGAN SESEKALI


Sekuat manapun engkau bekerja
... jangan sesekali mengabaikan rukun Islam ke dua ...

Setinggi manapun engkau belajar
... jangan sesekali menolak apa yang benar ...

Sejauh manapun engkau melangkah
... jangan sesekali melupakan ibu dan ayah ...

Sebesar manapun engkau berkorban
... jangan sesekali mengharapkan apapun balasan ...

Sepetah manapun engkau berbicara
... jangan sesekali menghina sesama manusia ...

Seindah manapun engkau bergaya
... jangan sesekali menyimpan perasaan bangga ...

Sehebat manapun engkau berkuasa
... jangan sesekali menindas orang yang tak berdaya ...

Setangkas manapun engkau beraksi
... jangan sesekali membuat perkara yang keji ...

Sepintar manapun engkau berfikir
..... jangan sesekali menafikan apa yang ditakdir .....



By: * Ozie (24th. Oct. 2012)

* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...