Thursday, November 15, 2012

* KUNCI KESEMPURNAAN (INSPIRASI MINDA/BAHASA)

Bukan mudah mencari kesempurnaan, namun usaha harus dilakukan.....
~ Ozie



* KUNCI KESEMPURNAAN

Sebelum berbual tentukan hal
Sebelum mencari tentukan ciri
Sebelum melihat tentukan niat
Sebelum bersua tentukan masa
Sebelum berdiskusi tentukan isi
Sebelum berkata tentukan fakta
Sebelum menasihati tentukan inti
Sebelum berbuat tentukan format
Sebelum mencelah tentukan kaedah
Sebelum bermesyuarat tentukan hasrat
Sebelum bergerak tentukan kehendak
Sebelum berbicara tentukan perkara
Sebelum melangkah tentukan arah
Sebelum bertemu tentukan waktu
Sebelum berjanji tentukan situasi
Sebelum berusaha tentukan cara
Sebelum berjalan tentukan tujuan
Sebelum menyampuk tentukan tajuk
Sebelum menyangkal tentukan pangkal
Sebelum berbincang tentukan peluang
Sebelum berbelanja tentukan harga
Sebelum bertindak tentukan rentak
Sebelum berkumpul tentukan usul
Sebelum bekerja tentukan upaya
Sebelum berpesan tentukan alasan
Sebelum bersyarah tentukan hujjah
Sebelum menempah tentukan upah
Sebelum bersuara tentukan cerita
Sebelum memilih tentukan sahih
Sebelum beraksi tentukan fungsi
Sebelum berbahas tentukan ulas
Sebelum mengenal tentukan asal
Sebelum membeli tentukan kualiti
Sebelum bersetuju tentukan mutu
Sebelum mengiktiraf tentukan taraf
Sebelum mengangkat tentukan larat

* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...