Monday, December 24, 2012

* BAGAIMANA MENGHORMATI DAN MENGHARGAI ORANG-ORANG DI SEKELILING KITA.

Yang baik jadikan amalan, yang buruk jadikan pengajaran ...
~ Ozie



                                                
Dalam sesebuah perhubungan atau pergaulan, sikap saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain adalah sangat penting demi menguatkan lagi sesebuah ikatan itu. Sebagai seorang muslim kita amat dituntut untuk bersikap lebih positif yakni saling menghormati, menghargai, tidak sombong dan tidak pentingkan diri sendiri. Sekiranya kita pandai menghormati dan menghargai orang lain, maka sudah pastilah orang lain juga akan turut menghormati dan menghargai kita. Justeru itu, adalah penting untuk kita memahami dan mengetahui cara-cara untuk menghormati dan menghargai orang lain dengan sebaik-baiknya.

* BAGAIMANA MENGHORMATI DAN MENGHARGAI ORANG-ORANG DI SEKELILING KITA.

Antaranya:


* Memberi salam setiap kali bersua atau sebelum mula berbual melalui talian komunikasi.
* Sering bertanyakan khabar jika lama tidak bersua terutama yang tinggal berjauhan.
* Saling ziarah menziarahi antara satu sama lain.
* Memberi cenderahati atau buah tangan sekadar yang termampu apabila pergi menziarahi.
* Tidak meninggikan suara ketika berbicara dengan orang lain.
* Memandang ke wajah atau mata orang yang sedang berbicara dengan kita.
* Segera menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan.
* Tidak menyampuk atau memotong perbincangan orang lain tanpa izin.
* Mendengar dengan teliti apa yang dibicarakan orang lain kepada kita.
* Segeralah meminta maaf jika melakukan kesilapan samada sengaja atau pun tidak.
* Pergi melawat ketika orang lain tidak sihat atau ditimpa masalah.
* Berusaha menghadirkan diri apabila orang lain menjemput kita ke majlis atau ke rumahnya.
* Cuba menunaikan permintaan atau bersedia membantu, bila orang lain memerlukan pertolongan.
* Berterima kasih bila menerima sebarang pemberian atau pertolongan.
* Mengucapkan syukur atau tunjukkan rasa gembira apabila berita baik disampaikan.
* Mendengar terlebih dahulu pendapat seseorang itu, sebelum anda menyangkalnya.
* Bersikap jujur dan tidak menipu orang lain dalam apa keadaan sekalipun.
* Selalulah berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain.

Semoga semua panduan di atas memberi manfaat yang berguna buat kita semua.

By: Ozie

* Please CLICK HERE to see more tips.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...