Yang berkhasiat tidak semestinya sedap.
~ Ozie
ANTARA CARA-CARA MENGAWAL PARAS KOLESTEROL:
1- KAWAL CARA PEMAKANAN
* Minimalkan pengambilan makanan berlemak seperti produk tenusu, daging merah seperti daging lembu dan lain-lain. Lemak juga terdapat dalam minyak kelapa sawit atau minyak kelapa. Sebagai gantinya pilihlah minyak zaitun.
* Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
* Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
* Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati, telur dan sesetengah makanan laut.
* Banyakkan makanan berserat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, gandum dan oat. Serat akan mengikat kolesterol dalam saluran usus dan menyingkirkannya dari tubuh.
* Perbanyakkan makan ikan. Lemak ikan seperti salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang menurunkan kadar trigliserida (lemak dalam darah) dan LDL serta dapat menaikkan tahap HDL.
* Makan kekacang. Segenggam kekacang sehari, terbukti boleh menurunkan kadar LDL atau kolesterol jahat. Kacang pistachio dikatakan antara yang terbaik untuk menurunkan kadar kolesterol.
2- BANYAKKAN BERSENAM
* Senaman ringan selama 30 minit dalam beberapa hari seminggu, boleh membantu menurunkan kadar kolesterol.
* Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL atau kolesterol baik, seterusnya menurunkan kolesterol total.
3- ELAKKAN STRES
* Stres yang tinggi boleh meningkatkan kadar kolesterol.
* Mereka yang mampu mengatasi stress mempunyai tahap HDL yang lebih tinggi.
* Mereka yang mampu mengatasi stress mempunyai tahap HDL yang lebih tinggi.
4- BERHENTI MEROKOK
* Merokok akan mengurangkan kolesterol HDL di dalam badan kita.
5- ELAKKAN PENGAMBILAN ALKOHOL
* Alkohol akan menurunkan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
6- JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN
* Berjumpalah dengan doktor untuk memastikan tahap kolesterol sentiasa terkawal.
7- AMALKAN DIET SEIMBANG
* Diet yang seimbang dan berkhasiat serta makan mengikut waktu, dikatakan boleh membantu mengawal paras kolesterol.
8- RAWATAN ALTERNATIF
* Remedi herba seperti Red Yeast Rice dipercayai dapat membantu menurunkan paras kolesterol, meningkatkan pengaliran darah dan membantu sistem penghadaman.
* Pengambilan makanan tambahan berasaskan serat juga boleh membantu menurunkan paras kolesterol.
Disusun semula oleh: Ozie Mahsa
Note:
Sumber informasi di atas hanyalah sekadar panduan. Untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat, sila berjumpa dengan doktor anda.
* Please CLICK HERE to see more informations.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA