Thursday, December 13, 2012

* JALAN MENCAPAI TAQWA

Sesungguhnya tiada yang lebih layak ditakuti dan ditaati selain Allah ...
~ Ozie


* MENCAPAI TAQWA

1- Mengingati Allah
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
~ ar-Ra'd: 28

2- Mengerjakan Solat (wajib dan sunat)
"Dan pada sebahagian malam hari solat tahajjudlah kamu sebagai suatu abadat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhan kamu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."
~ al-Isra': 79

3- Taubat Yang Berterusan
"Dan beristighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
~ Al-Baqarah: 199

4- Takut Kepada Allah (khauf)
"Dan takutlah kepadaku jika kamu orang beriman."
~ Al-Imran: 175

5- Mujahadah
"Berjihadlah kepada di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka."
~ At-Taubah: 20

6- Muhasabah
"Katakanlah kepada lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya."
~ an-Nur: 30

7- Muraqabah (mengawal diri)
"Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia itu Maha Melihatmu."
~ HR: Muslim

8- Sabar
"Sabar itu adalah sebahagian daripada iman."
~ HR: Abu Naim

9- Qana'ah
"Qana'ah itu adalah harta yang tidak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap."
~ HR: Thabrani

10- Warak
"Sesungguhnya berbahagialah orang-orang beriman iaitu mereka yang kusyuk solatnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia."
~ al-Mukminun: 1-3

11- Zuhud
"Dan apa sahaja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya sedangkan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya."
~ al-Qasas: 60

12- Tawadhuk
"Mereka bersikap lembut terhadap orang-orang mukmin dan bersikap keras terhadap orang-orang kafir."
~ al-Maidah: 54

13- Istiqamah
"Sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, sebab itu kamu turutlah jalanku itu dan jangan turut jalan yang lain."
~ al-An'am: 153

14- Tawakal Kepada Allah
"Apabila kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya."
~ Ali Imran: 159

Sumber: Diari Islam, Al-Hidayah


* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...