Kejayaan sama diperolehi.
~ Ozie
Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air suam atau air putih setiap hari. Amalkan meminum air suam atau air putih setiap kali bangun dari tidur, sebelum bersarapan. Lebihkan meminum air pada waktu siang dan kurangkan pengambilan air selepas jam 8 malam kerana tubuh tidak memerlukan banyak air ketika waktu malam. Hanya dengan melakukan perkara yang mudah iaitu dengan pengambilan air suam, banyak manfaat yang kita perolehi demi menjaga kecantikan dan kesihatan diri.
ANTARA KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN AIR SUAM
* MELANGSINGKAN BADAN
Air suam tidak mengandungi kalori, gula atau pun lemak. Jadi ia tiada berisiko berbanding minuman yang lain.
* MENINGKATKAN KESUBURAN
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
* MENYINGKIRKAN TOKSIN
Cara mengeluarkan toksin adalah dengan minum banyak air. Toksin akan mudah dikeluarkan melalui perpeluhan dan sistem pembuangan.
* MELANCARKAN SISTEM PENCERNAAN
Ia boleh membantu mengatasi masalah sembelit dan pembakaran kalori yang lebih efisien.
* MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KANSER
Air suam mampu membantu melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser.
* MENCANTIKKAN KULIT
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan cepat berkedut.
* MENYEGAR DAN MENYIHATKAN TUBUH
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh.
* MENYIHATKAN JANTUNG
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini, sudah banyak perubatan alternatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.
* MEMBANTU MENYEMBUHKAN PENYAKIT STROKE
Air lebih efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah.
* MENCERDASKAN OTAK
Tubuh memerlukan air untuk melancarkan organ penting. Tanpa air yang banyak, tubuh akan kekurangan oksigen dan menyebabkan kita cepat letih dan mengantuk.
* MEMBANTU BUAH PINGGANG
Air boleh membantu meringankan tugas buah pinggang. Tanpa air suam, buah pinggang perlu bekerja lebih kuat dan cepat merosakkan organ penting tersebut.
Note:
Sumber informasi di atas diperolehi berdasarkan fakta yang diambil dari media cetak dan media elektronik serta pendapat orang awam. Sebarang kekeliruan sila rujuk mereka yang lebih bertauliah.
Diolah semula oleh: * Ozie
* Please CLICK HERE to see more informations.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA