~ Ozie
* LAUT MANA TIDAK BERGELORA
Laut mana yang tidak bergelora dan langit pula tidaklah sentiasa cerah. Begitulah kenyataannya. Sebelum gelora menghempas dan ribut melanda, pastikan kita bersedia. Bukan sekadar kekuatan fizikal, tetapi kekuatan hati harus juga diteliti. Kerana sesungguhnya, ujian Allah itu pasti dan tidak seorang pun terkecuali. Pun demikian adanya, setiap tragedi yang menimpa diri, keluarga atau orang tersayang sebenarnya merupakan ujian Allah semata-mata. Dan ketahuilah, Allah menimpakan ujian bagi menguji kesetiaan dan keimanan kita kepadaNya. Sekiranya musibah datang melanda, apakah kita masih tetap setia mengingatiNya atau berubah hati dan menderhakaiNya ...
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan hanya berkata: kami beriman!, sedang mereka tidak diuji (dengan suatu cabaran)?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka."
~ Al-Ankabut: 2-3
* Please CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA