Saturday, November 24, 2012

* TIP ~ MENGATASI KESEDIHAN

Kesedihan tidak menyelesaikan permasaalahan ...
~ Ozie


* JANGAN BERSEDIH!!
                                                                                            
                                                            Bersedih hanya akan membuatkan anda berasa kurang selesa atau berada dalam situasi yang tidak menyenangkan. Apabila seseorang berada dalam keadaan sedih, peraasan itu akan menyebabkan wajah kelihatan sugul dan tak bermaya. Tidak salah mengalirkan airmata untuk meredakan kesedihan dan menenangkan perasaan, namun jangan biarkan emosi anda terganggu kerana ini akan menjejaskan kehidupan seharian.

TIP UNTUK MENGATASI KESEDIHAN

= Mengadulah kepada Allah dan mohonlah pertolonganNya.
= Menangislah jika perlu untuk meredakan kesedihan.
= Berfikirlah secara positif dan elak dari memikirkan sesuatu yang negatif.
= Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan anda lupa dengan kesedihan itu.
= Carilah sahabat yang boleh menceriakan hidup anda.
= Kongsikan masalah atau kesedihan dengan meluahkannya.
= Pergilah berehat seketika, ke tempat yang boleh membuatkan anda tenang.
= Ingat mereka yang anda sayangi dan jadikan mereka pendorong untuk anda merasa bahagia.

                                                             Semoga tip di atas, serba sedikit dapat membantu anda meredakan kesedihan, serta dapat menyelesaikan segala permasaalahan anda secara perlahan-lahan. Insya Allah.

By: * Ozie Mahsa

* Please CLICK HERE to see more TIPS.

~ Thank You ~

3 comments:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...