~ Ozie
* WANITA DAN USIA
Penuaan adalah proses semula jadi yang tetap akan berlaku bila tiba masanya. Justeru itu sesiapapun tidak dapat menolak proses penuaan. Pun demikian, kebanyakan wanita akan merasa bimbang dan resah bila usia mereka mula mencecah 40-an. Kenapa..??
Menurut kata Dr. Hajah Aizan Haji Ali, Pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, ada 5 faktor yang menyebabkan wanita sukar menerima usia mereka yang sudah mencecah 40 tahun.
1. Kurang beriman terhadap qada' dan qadar Allah.
2. Kedangkalan ilmu dalam biologi wanita lalu terpengaruh dengan dakwaan kurang berasas berkaitan umur 40 an.
3. Kepercayaan karut atau tabu berkaitan umur 40 an.
4. Kualiti emosi yang tidak baik
5. Gaya hidup yang terlalu bebas.
TIP HADAPI USIA 40-AN DAN KE ATAS
1- Kuatkan iman supaya hidup lebih tenang dan tidak berasa peningkatan usia ialah suatu kekurangan.
2- Jangan terlalu obses dengan kecantikan. Anggaplah bahawa kemunculan kedutan dan rambut yang semakin memutih itu sebagai kelebihan.
3- Terimalah hakikat bahawa setiap orang akan mengalami proses penuaan.
4- Terima proses menopaus dengan redha.
5- Layan suami anda dengan kasih sayang dan jangan jadikan penuaan sebagai alasan untuk tidak lagi tidur sebilik dengannya.
6- Jangan rendah diri sehingga mendorong anda untuk kekal cantik lalu menggunakan kaedah tidak sepatutnya untuk kekal muda.
7- Dapatkan sokongan moral dan emosi daripada berbagai pihak terutama sahabat karib dan suami serta anak-anak.
8- Baca buku atau majalah berkaitan golongan berusia matang supaya dapat membantu anda memperolehi maklumat tepat berkaitan penuaan.
Semoga dengan info dan tip di atas, emosi anda akan lebih stabil, berfikiran lebih terbuka dan lebih berkeyakinan dalam mengharungi proses semulajadi ini ....
Sekian.
* Please CLICK HERE to see more informations.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA