Tuesday, November 27, 2012

* CERITA ALAM ~ YANG IKHLAS PASTI DIBALAS

Baik yang dihajat, baiklah yang kita dapat ...
- Ozie

Gambar Hiasan

                                                                                               Orang-orang tua dan ibubapa kita sering berpesan agar kita tidak lupa untuk menghadirkan diri atau memenuhi setiap jemputan atau undangan yang diterima atau mungkin juga mereka marah kalau kita dengan sengaja tidak mahu menghadiri sesuatu jemputan atau undangan itu. Kata mereka juga, kalau kita tidak hadir ke majlis orang, nanti orang pun tidak mahu hadir ke majlis kita.

                                                                            Memang benar dan tidak dinafikan, bahawa memenuhi permintaan seseorang untuk menghadiri sesebuah majlis atau jemputan itu adalah sesuatu yang wajib. Namun pasti ada alasan dan sebab-sebab tertentu kenapa orang tidak dapat hadir atau tinggal lama di dalam majlis yang kita raikan. Maka kerana itu, kita harus bersikap lebih terbuka dan memahami serta tidak sesekali bersangka buruk, berasa marah, berkecil hati atau merungut apalagi mempunyai perasaan dendam bila ada orang lain, saudara mara atau rakan-rakan yang tidak dapat hadir ke Majlis kita. Kalau hari ini ada orang yang tidak hadir ke Majlis kita, apakah wajar jika kita sengaja tidak mahu hadir ke Majlis mereka pula? Hmm..... Hanya mereka yang kurang 'matang' sahaja yang akan bertindak begitu... hehee....

                                                                            Apapun, yang penting kita harus bersedia dan ikhlas untuk menghadirkan diri atau memenuhi setiap undangan kerana sesungguhnya melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mengharapkan balasan bukanlah sikap yang terpuji. Wallahualam.

By: * Ozie
~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...