Wednesday, January 30, 2013

* GURINDAM ~ KALAU TAKUT



KALAU TAKUT


Kalau takut dilambung ombak,

Jangan ke laut banyaklah todak.

Kalau takut ruginya berniaga,

Jangan diturut tamak haloba.

Kalau takut kecewa bercinta,

Jangan ditutup pintu asmara.

Kalau takut terlerai kasih,

Jangan surut cinta nan jernih.

Kalau takut termakan budi,

Jangan diturut rasa di hati.                  

Kalau takut melanggar janji,

Jangan melalut lidah menari.

Kalau takut menanggung aib,

Jangan reput budi dan tertib.

Kalau takut dipandang hina,

Jangan disebut keaiban kita.

Kalau takut berbunga lalang,

Jangan cabut benih di ladang.

Kalau takut termakan budi,

Jangan disambut jika diberi.               

Kalau takut bercerai cinta,

Jangan diturut darah muda.

Kalau takut tercalar maruah,

Jangan ribut tergopoh-gapah.

Kalau takut kehilangan harta,

Jangan kedekut untuk menderma.

Kalau takut bergelumang dosa,

Jangan diraut perkara tercela.

Kalau takut amalan tak diterima,

Jangan digayut umpat dan cela.

Kalau takut azab dan siksa,

Jangan kecut iman di dada.

Kalau takut siksaan kubur,

Jangan susut ibadatmu subur.

Kalau takut panggilan maut,

Jangan luput berzikir di mulut.

Kalau takut bayangan di neraka,

Jangan terhasut syaitan durjana.

By: PAUZI MOHD ISA
Source: Facebook

* Please CLICK HERE to see more GURINDAM.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...