* TERASING
semarak kaca kaca terhempas
dan pantulan cahaya
gemerlapan..
membias cahaya rindu
dalam kesamaran
yang tragis
umpama ombak
yang tiada henti
meredah pantai
tiada mengenali erti jemu
persis ...
sebuah hati kejauhan
dimamah waktu waktu kemesraan
dalam hening kesamaran
pada kalimat kalimat berapi
suatu peninggalan
dan begitu sukar di kikis
membara pada tahap memilukan
mencerna sebuah biasan
dalam hanyutan yang tiada bertepi
bergerak dan beredar
dalam gamelan keroncong
yang menyayat hati
dan indah sebuah ilusi
adalah biasan gambaran
menutup cerna hati yang sedu
pada tangis yang ...
tiada pernah ada hujung nya
kemampuan yang tiada terbatas
mengusik setiap sendu
terhiris pada kalimat kalimat
yang samar ...
dan sendu
akan terus mengalir
mencari muara
pada kesampaian yang terasing
ilusi sebuah hanyutan kesebuah muara
yang tiada pernah ada tepi nya ....
Nukilan: Jebat99
Email: jebat99[at]yahoo[dot]com
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA