Tuesday, November 8, 2011

* MUTIARA KATA ~ 1




* Kejadian dan kedasyatan yang berlaku di sekeliling hamparan kematian telah cukup untuk menambah keimanan dan keinsafan bagi orang yang mahu memperhatikannya. - Hukamak

* Agama mengemukakan hati, manakala falsafah adalah latihan otak.  - Hamka

* Agama tanpa moral, kehilangan langit tempat bernafas. Moral tanpa agama kehilangan bumi tempat berpijak.  - John Oman

* Ajaran Islam tidak akan tumbuh di atas jiwa yang dibungkus oleh kemusyrikan dan
  kebendaan.  - Hukamak

* Kemenangan hanya akan dapat dicapai dengan kekuatan, kekuatan hanya akan diperolehi dengan persatuan dan persatuan hanya akan diperolehi dengan kesepakatan. - Hukamak

* Doa merupakan bentuk energi yang paling mujarab yang dapat dihasilkan oleh setiap orang. - Alexis Carrel

* Sesungguhnya Islam merupakan peraturan agama yang paling tepat dan indah. Tetapi sangat disayangkan kerana kaum muslimin sendiri sangat jauh daripada hakikat yang dibawa oleh Islam. - George Sarton

* Di mana ada Islam, maka di situlah terdapat sifat-sifat yang mulia.  - Cardinal Taylon

* Apabila cinta kepada Allah itu sudah sempurna, maka tidak ada sesuatu kesenangan yang dapat melebihi kesenangan dalam melakukan ibadah. - Imam al-Ghazali

* Bunga yang tumbuh di atas gunung lebih tinggi daripada beringin yang tumbuh di atas lurah.  - Hukamak

CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...