KEK CAWAN OREN |
1 cawan marjerin (200 gram)
1 cawan gula pasir (200 gram)
6 biji telur (gred B)
2 cawan tepung gandum serbaguna (200 gram)
1 sudu besar serbuk penaik (7 gram)
1 biji oren - Saiz besar (parut kulit bahagian kuning dan diperah airnya)
Cara membuatnya:
1. Pukul gula bersama marjerin di dalam bekas hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul perlahan.
3. Masukkan pula tepung (yang telah diayak terlebih dulu bersama serbuk penaik 2-3 kali) sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan kulit dan jus oren yang telah diperah tadi dan kacau lagi.
5. Adunan sedia untuk dimasukkan kedalam cawan kertas.
6. Bakar hingga masak dengan suhu 160 darjah dengan api sebelah bawah sahaja sekiranya menggunakan oven elektrik.
Nota:
* Waktu memasak bergantung kepada jumlah cawan/biji yang anda muatkan kedalam oven.
* Untuk mendapatkan warna keemasan di atas kek, tutup api sebelah bawah sebaik sahaja kek masak dan segera buka api sebelah atas sebentar hingga ketahap kekuningan yang anda kehendaki (oven elektrik).
* Cara membakar atau memasak bergantung kepada jenis oven yang anda gunakan.
* Jenama marjerin, tepung dan jenis oren mungkin boleh mempengaruhi rasa kek.
Jumlah hidangan:
* Untuk saiz seberat 20 gram = lebih kurang 40 cawan/biji.
* Please CLICK HERE to see more RECIPES.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA