ROTI JALA DAN SOS DURIAN |
* ROTI JALA
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
secubit garam halus
sedikit pewarna (ikut citarasa)
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan, kacau sebati dengan pemukul telur.
2. Tapiskan sebelum dituang ke dalam acuan roti jala. 3. Masak di atas kuali leper dengan api sederhana, angkat dan letakkan dalam bekas sebelum digulung atau dilipat.
4. Hidangkan bersama sos durian atau kari mengikut citarasa anda.

Nota:
* Untuk roti yang dimakan bersama kari, gunakan kunyit serbuk untuk mendapatkan warna kuning.
* Untuk roti yang dimakan bersama sos durian, gunakan air pandan atau pewarna tiruan untuk mendapatkan warna hijau.
* Anda juga boleh menggantikan air dengan susu segar (1 cawan air + 1 cawan susu segar) jika suka.
* Supaya adunan lebih lembut, masak adunan setengah jam selepas di bancuh.
Bahan-bahannya:
3 cawan santan (sederhana pekat)
secukupnya isi durian (5-6 ulas saiz besar)
secukupnya gula merah/gula melaka
secukupnya gula pasir
secubit garam halus
Cara membuatnya:
1. Masak santan bersama isi durian hingga pekat, mengikut kehendak anda.
2. Masukkan gula merah atau gula melaka (dicairkan dengan sedikit air dan ditapis) secukupnya tapi jangan sampai terlalu gelap warnanya.
3. Campurkan gula pasir secukup rasa dan akhir sekali masukkan garam. Didihkan sebentar lagi, angkat dan hidangkan bersama roti jala.
Nota:
Sos durian ini juga sedap dimakan bersama pulut kukus (putih) dan roti.
Jumlah hidangan:
Untuk 2-3 orang.
* Anda juga boleh menggantikan air dengan susu segar (1 cawan air + 1 cawan susu segar) jika suka.
* Supaya adunan lebih lembut, masak adunan setengah jam selepas di bancuh.
* SOS DURIAN
Bahan-bahannya:
3 cawan santan (sederhana pekat)
secukupnya isi durian (5-6 ulas saiz besar)
secukupnya gula merah/gula melaka
secukupnya gula pasir
secubit garam halus
Cara membuatnya:
1. Masak santan bersama isi durian hingga pekat, mengikut kehendak anda.
2. Masukkan gula merah atau gula melaka (dicairkan dengan sedikit air dan ditapis) secukupnya tapi jangan sampai terlalu gelap warnanya.
3. Campurkan gula pasir secukup rasa dan akhir sekali masukkan garam. Didihkan sebentar lagi, angkat dan hidangkan bersama roti jala.
Nota:
Sos durian ini juga sedap dimakan bersama pulut kukus (putih) dan roti.
Jumlah hidangan:
Untuk 2-3 orang.
* CONTOH ACUAN ROTI JALA MASA KINI
ACUAN ROTI JALA |
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA