Tuesday, February 5, 2013

* ADAB MEMBERI SALAM




* Hukum Memberi Salam

Sunat Muakkad bagi perseorangan dan Sunat Kifayah bagi perkumpulan. Menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardu Kifayah bagi perkumpulan.



Ertinya: SELAMAT SEJAHTERA KE ATAS KAMU

* Orang Yang Patut Mendahulukan Salam

1- Yang berjalan kepada yang duduk.
2- Yang muda kepada yang tua.
3- Yang berkenderaan kepada yang berjalan kaki.
4- Yang berada di luar kepada yang berada di dalam.
5- Yang berada di belakang kepada yang berada di depan.
6- Yang hendak meninggalkan majlis kepada yang berada di dalam majlis.

* Orang Yang Makruh Diucapkan Salam Kepadanya

1- Orang yang sedang azan atau iqomah.
2- Orang yang sedang mengajar ilmu agama.
3- Orang yang sedang membaca al-Quran.
4- Orang yang sedang qada hajat.
5- Orang yang memusuhi Islam dan orang kafir.
6- Ahli bid'ah-orang yang mengganggu lalu lalang atau berbual kosong.
7- Ahli maksiat termasuk orang yang tidak menutup aurat.

* Orang Yang Tidak Wajib Menjawab Salam

1- Orang yang sedang sembahyang.
2- Orang yang sedang qada hajat.
3- Orang yang sedang mengajar.
4- Orang yang menerima salam setelah bercakap-cakap dengannya.
5- Orang yang suka meminta-minta.

* Kelebihan Dan Hikmah Memberi Salam

1- Mendapat keredhaan Allah
2- Mendapat doa dari Malaikat.
3- Mendukacitakan iblis.
4- Membersihkan hati dan melahirkan kemesraan serta mengukuhkan persaudaraan Islam.

Source: Diari Islamiah + E-media.

* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...