JANGAN BIAR BULAN MENJADI MENTARI
Ternoda wangi rinduku dengan roma curiga
tika bintang mengenyitkan matanya
dan dingin malam menggigit lara
pun tika fajar belajar tertawa
aku tersesat dalam firasat
lewat bicara yang menyimpang adat
dan mawar merahpun menjadi jingga
lalu mengalirlah suara sungai kepada lautnya
penuh ceritera tanpa hikayat
mitos tersurat penuh selirat
tika kau memeluk bulan yang jatuh ke riba
layar rasaku patah melata
dan tsunami lara pun membadai raga
Ya Allah ini anugerahkah berbunga di jiwa
tapi mengapa debur debar menghempas minda
Tuhan tolonglah,
jika ini angkara Syaitan sidurjana
menggelap mata, meracun akal,
penuh muslihat dan taktikal...
pimpin hati dan jiwaku yang Maha Benar...
jangan biarku tersungkur hanyut terlantar.
Tuhan tolonglah...
jangan Kau biarkan bulan menjadi mentari
dan bintang di hati tak berkelip lagi.
By: Tiger Lily
* Please CLICK HERE to see more poems.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA