KEBUN KATA SEORANG PENDUSTA ~ 1
Katamu ...
cintamu seputih salji sesuci embun pagi
kukuh terpelihara teguh terpateri
sekalipun lemas dilambung gelora fitnah
walaupun basah bermandikan simbahan tohmah
biarpun rebah di hujung bisanya panahan api cemburu
terbujur pun badan di usung ke kayu
cintamu padaku tak akan layu ...
Katamu juga ...
setiamu hingga ke hujung nyawa
sedetik tidak berpaling, sesaat tidak terleka
tidak gentar melawan godaan
tidak hanyut dibuai rayuan
tidak luluh dengan pujukan
demi kasihmu kau rela berkorban ...
Katamu lagi ...
segala milikmu, milikku abadi
kemana ku pergi kau tetap di sisi
apa kata ku kau pasti turuti
nyawa sekalipun sanggup kau beri
demi cintamu kau sanggup mati ...
Tapi janji tinggal janji, kata-kata hanya dusta
akhirnya aku sendiri, hidup melara melayan duka
kebun kata milik si pendusta, kini hancur
bagaikan ... padang jarak padang terkukur .....
By: * OZIE MAHSA (24th. February 2013)
* Please CLICK HERE to see more poems.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA