KELEBIHAN BERSELAWAT
= Allah akan menggandakan limpah kurnia serta RahmatNya kepada orang tersebut.
= Akan beroleh syafaat dari Rasulullah pada hari kiamat kelak.
= Satu kali selawat yang dibacakan, Allah akan membacakan untuknya sebanyak sepuluh kali.
= Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada.
= Membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah s.a.w.
= Mewariskan kecintaan Rasulullah kepada umatnya.
= Memantapkan iman di dalam dada.
= Malaikat juga akan membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat ke atas Rasulullah.
= Seseorang itu akan terpelihara dan terselamat dari segala apa yang mendukacitakan atau yang merbahaya dari hal-hal keduniaan mahupun akhirat.
= Kedudukannya di akhirat kelak ia sentiasa hampir di sisi Rasulullah walau di mana saja Baginda berada.
Source: Diari Islamiah.
* Please CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA