Friday, February 22, 2013

* SAJAK ~ BINGKISAN ROHANI BUAT SUAMI




BINGKISAN ROHANI BUAT SUAMI

Suamiku ...
tatkala bergema suara azan di subuh nan dingin
izin ku renjis wajahmu dengan wangian asmaraku
agar kau bisa segera bangun
dengan ungkapan Alhamdulillah
dan kuntuman senyummu yang paling indah
sebagai sedekah dan anugerah buatku, isterimu ...

Lalu ketika saatnya kau ingin pergi
rela ku susun kelopak rindu yang terhimpun
agar menjadi kuntuman kasih yang rimbun
untuk kau jadikan bekalan
dalam meneruskan perjuangan ...

Kini tiba saatnya aku sendiri
lalu ku duduk bersimpuh dengan bayanganmu di sisi
dan ku angkat kedua tangan ini
memohon seribu doa dan segunung harapan
agar perjuanganmu hari ini, akan direstui Tuhan ...

Dan pabila tiba saatnya kau pulang nanti
akan ku tiupkan semangat Rasulullah
dengan limpahan sirah dan sunnah
agar kau tetap terus berdiri, sebagai lelaki sejati ...

Ketika kau hampir terlena, biarku bisikan ketelingamu
kalimah-kalimah suci Allah, agar kau semakin kuat dan tabah
serta menjadi insan, yang lebih bermaruah ...

Tidurlah wahai suamiku ...
lelapkan matamu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim
tidurlah dengan lena dan puas, moga pabila kau terjaga nanti
isterimu di sisi, masih lagi bernafas .....

By: * OZIE MAHSA (22nd. February 2013)


* Please CLICK HERE to see more poems.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...