* Rabun ayam
Penglihatan yang kurang jelas.
* Raja bola
Pemain bola yang handal.
* Raja sehari
Pasangan pengantin yang bersanding.
* Rambang mata
Sukar membuat pilihan.
* Rezeki harimau
Makanan yang banyak dan berjenis-jenis.
* Rezeki mahal
Sukar mendapat rezeki.
* Rezeki murah
Selalu mendapat keuntungan.
* Ringan kaki
Suka melawat atau berkunjung.
* Ringan mulut
Peramah/suka bercakap.
* Ringan tangan
Suka membuat kerja/menolong orang.
* Sampai hati
Tergamak melakukan sesuatu.
* Serkap jarang
Membuat tuduhan secara agak-agak/tanpa usul periksa.
* Tahan hati
Cekal.
* Tahu diuntung
Sedar akan kedudukan diri.
* Tajam fikiran
Pintar.
* Tajam ingatan
Tidak pelupa atau mudah mengingati sesuatu.
* Tajam lidah
Orang yang suka mengeluarkan kata-kata kesat dan pedas.
* Tahan hati
Cekal.
* Tahu diuntung
Sedar akan kedudukan diri.
* Tajam fikiran
Pintar.
* Tajam ingatan
Tidak pelupa atau mudah mengingati sesuatu.
* Tajam lidah
Orang yang suka mengeluarkan kata-kata kesat dan pedas.
* Tangan terbuka
Menyambut sesuatu dengan senang hati.
* Tangkai jering
Orang yang kedekut.
* Tawar hati
Tidak mempunyai minat lagi.
* Tebal muka
Tidak tahu malu.
* Telinga kuali
Tahan hati menerima kemarahan.
* Telinga lintah
Tajam pendengaran.
* Telinga nipis
Cepat marah atau meradang.
* Terang hati
Mudah memahami sesuatu.
* Tidur-tidur ayam
Tidur yang tidak nyenyak.
* Tin kosong
Bercakap besar tanpa ilmu.
* Titik peluh
Hasil usaha yang bersungguh-sungguh.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA