Friday, March 15, 2013

* KISAH/SEJARAH ISLAM ~ ANTARA KELUHAN DAN KESABARAN




ANTARA KELUHAN DAN KESABARAN

Semasa Abu Hassan mengerjakan ibadah haji tiba-tiba dia terpandang pada seorang wanita yang berseri mukanya lalu dia berkata, "Demi Allah aku tidak pernah melihat wanita yang berseri wajahnya sebelum ini, tentu dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah." Mendengarkan demikian lalu wanita itu menjawab, "Apa yang kamu katakan itu tidak betul, aku sendiri sedang menanggung penderitaan yang amat sangat dan dalam masalah ini tiada siapa yang boleh dipersalahkan." "Bagaimana boleh terjadi demikian?" tanya Abu Hassan.

Jawab wanita itu, "Suatu hari suamiku telah menyembelih seekor kambing dengan disaksikan oleh keempat-empat anakku. Seorang telah berkahwin, dua masih kanak-kanak dan yang bongsunya masih menyusu. Berkatalah anakku yang tengah kepada adiknya, "Kamu ingin tahu bagaimana ayah kita menyembelih kambing?" Si adik pun mengangguk. Maka ditelentangkan adiknya lalu disembelih. Melihatkan darah yang mengalir dia menjadi takut dan lari ke hutan. Akhirnya dia dimakan oleh serigala di sana. 

Suamiku yang pergi mencarinya di hutan turut meninggal kerana kehausan. Aku pun keluar dari rumah untuk mencari suamiku dengan meninggalkan anak kecil. Anak inipun merangkak ke dapur lalu ditariknya periuk yang sedang mendidih maka tersimbahlah air panas ke badannya dan dia mati di situ. Berita ini sampai kepada anakku yang tua. Kerana terkejut dia pun jatuh pengsan lalu mati. Kini tinggallah aku sebatang kara."

Soal Hassan lagi, "Bagaimana kamu boleh bersabar dengan ujian yang maha hebat ini?" Jawab wanita ini, "Sesungguhnya antara kesabaran dan keluhan adalah dua jalan yang berbeza. Sabar ialah dengan memperbaiki batiniah, membersihkan hati serta menerima segala sesuatu itu kerana Allah. Adapun mengeluh adalah sifat dan tanda orang yang tidak ikhlas kepada Allah kerana dia tidak dapat menerima sesuatu itu sebagai takdir untuknya ...."

Source: Diary Islamiah (Kisah dan Sejarah Islam)

* Please CLICK HERE to see more stories.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...