Tuesday, March 19, 2013

* GURINDAM ~ APA GUNANYA


Gambar Hiasan

APA GUNANYA


Apa gunanya berwajah cantik,

Kalau perangai tidak molek.

Apa gunanya wang yang banyak,

Kalau hati berasa tamak.

Apa gunanya berilmu tinggi,

Kalau bukan untuk dikongsi.

Apa gunanya hidup mewah,

Kalau hati sering gelisah.

Apa gunanya hidup berkeluarga,

Kalau cinta tidak dibaja.

Apa gunanya membaca Quran,

Kalau tidak dijadikan panduan.

Apa gunanya buku dibaca,

Kalau tidak faham isinya.

Apa gunanya harta yang banyak,

Kalau bersedekah pun kita tak nak.

Apa gunanya umur yang panjang,

Kalau kita tak pernah sembahyang.

Apa gunanya ada kekasih,

Kalau hidup sering disisih.

Apa gunanya ramai sahabat,

Kalau diajak buat maksiat.

Apa gunanya badan yang sihat,

Kalau malas bekerja kuat.

Apa gunanya bertubuh sasa,

Kalau membantu pun hendak berkira.

Apa gunanya hidup senang,

Kalau hati tak pernah tenang.

Apa gunanya merayu-rayu,

Kalau orang buat tak tahu.

Apa gunanya bahagia di dunia,

Kalau di akhirat kita sengsara.

Apa gunanya bersengkang mata,

Kalau perbuat kerja yang sia-sia.

Apa gunanya asyik gembira,

Kalau ibubapa pun kita lupa.

Apa gunanya mabuk bercinta,

Kalau pelajaran entah kemana.

Apa gunanya sibuk bekerja,

Kalau keluarga tidak diutama.

Apa gunanya menghimpun harta,

Kalau kesihatan tidak dijaga.

Apa gunanya banyak bercakap,
Kalau kerja tak siap-siap.

Apa gunanya berwajah tampan,
Kalau tingkah laku tidak sopan.

By: * OZIE MAHSA

* Please CLICK HERE to see more Gurindam.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...