Wednesday, March 20, 2013

* GURINDAM ~ ILMU


ILMU

Ilmu itu ibarat cahaya,
tanpa ilmu jalan meraba.

Ilmu itu jalan ke syurga,
tanpa ilmu sesat merata.

Ilmu itu anugerah Allah,
tanpa ilmu jiwa resah.

Ilmu itu tangga kejayaan,
tanpa ilmu akan ketinggalan.

Ilmu itu santapan jiwa,
tanpa ilmu jasad sia-sia.

Ilmu itu mesti digenggam,
tanpa ilmu hidup tak tenteram.

Ilmu itu membentuk peribadi,
tanpa ilmu diri dicaci.

Ilmu itu pencetus ilham,
tanpa ilmu minda kelam.

Ilmu itu perlu ditimba,
tanpa ilmu kita tak kemana.

Ilmu itu penunjuk arah,
tanpa ilmu segalanya susah.

Ilmu itu membina sahsiah,
tanpa ilmu hati gelisah.

Ilmu itu harus dikongsi,
tanpa ilmu hidup tak bererti.

Ilmu itu sangat berguna,
tanpa ilmu hidup tak bermakna.

Ilmu itu makanan hati,
tanpa ilmu terasa mati.

Ilmu itu penenang fikiran,
tanpa ilmu rasa kehilangan.

Ilmu itu wajib dicari,
tanpa ilmu rugi sendiri.

Ilmu itu cahaya hati,
tanpa ilmu kehilangan seri.

Ilmu itu lambang kekuatan,
tanpa ilmu lemah pegangan.

Ilmu itu pembuka jalan,
tanpa ilmu sesat di persimpangan.

By: * OZIE MAHSA
Fb Page: AKU BUKAN BIDADARI
* Please CLICK HERE to see more Gurindam.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...