Thursday, March 21, 2013

* GURINDAM ~ SALAH ASUHAN




SALAH ASUHAN


Salah asuhan impaknya perit,
Tiada kesopanan cela berpalit.

Salah asuhan jangan berlaku,
Semua perbuatan susila layu.

Salah asuhan kelalaian kita,
Memberi kesan sampai ke tua.

Salah asuhan acapkali berlaku,
Tidaklah hairan menderhaka ibu.

Salah asuhan dalam mendidik,
Menjadi ikutan perbuatan jelik.

Salah asuhan merundung hiba,
Dirawit kesedihan ibu dan bapa.

Salah asuhan hidup berkeluarga,
Dulang keharmonian tiada di riba.

Salah asuhan kendiri merana,
Harapkan intan rupanya kaca.

Salah asuhan pemimpin berkuasa,
Jambangan integriti tiada aroma.

Salah asuhan berkubang kekata,
Tiada kesantunan dalam bicara.

Salah asuhan menyimpang agama,
Akidah terkorban tentu ke neraka.

Salah asuhan bergelumang ilmu,
Sutera keimanan kotor berdebu.

By: PAUZI MOHD ISA
Source: Facebook

* Please CLICK HERE to see more GURINDAM.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...