Thursday, April 11, 2013

* RESEPI ~ APAM JAGUNG KUKUS




Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum (100g)
1 camt. baking powder (7g)
3 camb. gula pasir (40g)
1 biji telur
1 camb. minyak masak (15ml)
3-4 camb. jagung krim (50g)
Setengah cawan susu segar (100ml)
Setitik pewarna kuning (jika suka)

Cara membuatnya:
1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam bekas.
2. Masukkan bahan lain satu persatu dan kacau sebati hingga kelihatan sedikit kembang.
3. Masukkan bancuhan ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam acuan (separuh penuh) yang telah disapukan minyak supaya tidak melekat.
4. Kukus selama 10-15 minit (mengikut jumlah kukusan).

Jumlah hidangan:
Lebih kurang 20 biji (acuan apam kecil)

Nota:
- Untuk lebih sedap, gunakan minyak jagung, susu segar yang kurang bau, telur segar, tepung dan jagung krim (dalam tin) yang berkualiti.
- Jika suka manis boleh tambah 10g gula lagi.

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

3 comments:

  1. emm dap nya kak ozie...mcm senang je nk buatnya..hehe nk try nanti..tq 4 sharing ..

    ReplyDelete
  2. Thanks Suzy...memang mudah sangat. Selamat mencuba hehee....

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...