Saturday, May 4, 2013

* RESIPI ~ KEK OREN SUNQUICK




Bahan-bahannya:
1. Marjerin ~ 1 cawan (250g)
2. Gula kastor ~ 1 cawan
3. Telur ~ 5-6 biji(gred B)
4. Pati oren sunquick ~ 3-4 camca besar 
5. Susu sejat (evaporated creamer) ~ Suku cawan (50 ml)
6. Tepung gandum ~ 2 cawan
7. Serbuk penaik (baking powder) ~ 1 sudu besar (7g)

Cara membuatnya:
1- Pukul marjerin bersama gula hingga kembang dan ringan.
2- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul perlahan.
3- Masukkan pati oren dan susu sambil dikacau rata.
4- Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik 2-3 kali, sedikit demi sedikit hingga selesai.
5- Tuangkan ke dalam acuan (7 inci) yang telah disapukan dengan marjerin dan bakar dengan suhu 160c selama 30-45 minit atau sehingga masak.



NOTA:
Saya guna Marjerin Planta. Boleh juga gunakan Butter.


* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

5 comments:

  1. Boleh cuba nie.. Suka sgt dengan kek buahan :)

    ReplyDelete
  2. dah buat dn menjadi. Sedap dn lembut...
    Thank you for the recipe

    ReplyDelete
  3. saya pun dah cuba resepi ni, sangat sedap dan menjadi..rasanya lemak sikit sebab letak susu, tapi rasa oren sunquick tu menyebabkan tak jemu memakannya..terima kasih ats resepinya ya! saya mohon share dalam blog ya!

    ReplyDelete
  4. hari ini aku buat, bini mengidam nak makan kek hasil tangan aku waw ternyata sedap terima kasih

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...