Sunday, May 12, 2013

* KISAH/SEJARAH ISLAM ~ KELEBIHAN BULAN REJAB

Photo: * KISAH BENAR

KELEBIHAN BULAN REJAB

Peristiwa itu berlaku di Baitul Maqdis di mana ada seorang wanita tua yang sangat rajin beribadat terutamanya bila tiba bulan Rejab. Di bulan ini dia akan membaca surah Al Ikhlas sebanyak 12 kali di samping mengerjakan ibadah puasa. Di bulan ini juga dia akan menanggalkan segala pakaiannya yang mewah dan digantikan dengan yang biasa.

Pada suatu hari ia telah jatuh sakit dan merasakan ajalnya hampir tiba lalu ia pun meninggalkan wasiat pada anak lelakinya. Katanya, "Anakku sekiranya aku mati kapankanlah aku dengan kain yang murah." Setelah ajalnya datang lalu diuruskan jenazahnya itu. Kerana mahu menjaga maruah keluaraga anak lelaki ini telah mengkafankan ibunya dengan kain yang mahal.

Pada malam itu ia telah bermimpi bertemu dengan ibunya. Kata ibunya, "Mengapa kamu tidak menyempurnakan wasiatku dulu. Aku tidak rela dengan kain yang mahal ini." Setelah terkejut dari mimpi itu ia merasa amat menyesal lalu membuat keputusan untuk menggali semula kubur ibunya. Setelah menggali sedalam mungkin namun ia masih tidak berjumpa dengan mayat ibunya itu.

Akhirnya ia pulang. Pada malam itu ia bermimpi lagi ada suara yang berkata, "Sesiapa yang memuliakan bulan Rejab maka Allah tidak akan membiarkan dirinya bersendirian di dalam kubur." Bila tersedar ia merasa amat hairan namun hatinya bersyukur kerana ibunya telah mendapat perhatian dari sisi Allah di atas kelebihan serta amalan ibunya di bulan Rejab.

Source: Diari Islamiah

~ Thank You ~

RM357-13

* Please CLICK HERE to see more stories.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...