Tuesday, May 7, 2013

* RECIPE/RESEPI ~ PANCAKE/LEMPENG (PLAIN/KOSONG)




Bahan-bahannya:
1. Tepung gandum ~ 2 cawan
2. Gula pasir ~ 1/2 (setengah) cawan
3. Baking powder ~ 1 camca kecil
4. Telur ~ 1 biji
5. Marjerin/mentega ~ 2 camca besar
6. Susu segar/air ~ Lebih kurang 1 cawan
7. Esen vanila atau perisa kegemaran anda (jika suka)

Cara membuatnya:
1- Masukkan kesemua bahan kedalam bekas kecuali susu. Gaul rata.
2- Masukkan susu sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dan tidak berketul.
3- Panaskan kuali dengan api yang kecil dan sapukan sedikit minyak.
4- Tuangkan bancuhan mengikut jumlah dan saiz yang anda kehendaki, ke dalam kuali dan tutup kuali segera dengan penutup kuali atau periuk.
5- Bila bahagian bawah kelihatan kekuningan dan bahagian atas telah pun masak (tanpa perlu terbalikkan), angkat dan ulangi proses hingga bancuhan tadi habis.
6- Bolehlah dihidang dan dimakan begitu saja atau bersama madu, peanut butter, jem, kaya, sos durian, sos coklat, kari atau apa saja yang anda suka.



Jumlah hidangan:
10 keping saiz sederhana

Nota:
- Gunakan susu segar yang kurang bau (saya guna Marigold HL) dan margerin (saya guna Planta) yang berkualiti untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.
- Bagi yang tidak suka susu, boleh juga digantikan dengan air.
- Jumlah cecair mungkin bergantung kepada jenis tepung dan saiz telur yang anda guna.

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...