Wednesday, June 12, 2013

* APA ITU TABARRUJ?




Apa maksud tabarruj dan apa yang termasuk dalam kategori tabarruj?

Tabarruj dari segi bahasa bermaksud membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Imam Zamakhsyari berkata; hakikat tabarruj ialah sengaja membuka/mendedahkan apa yang sepatutnya disembunyikan. Namun tabarruj dalam ayat di atas adalah khusus untuk perempuan terhadap para lelaki iaitu ia menampakkan perhiasannya dan kecantikannya kepada mereka. Menurut Imam an-Nasafi, tabarruj ialah berjalan melenggang-lengguk dan mendedahkan perhiasan.

Secara amnya, perkara yang tergolong di dalam pengertian tabarruj ialah;

1. Mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup.
2. Mendedahkan perhiasan pada badan yang tidak sepatutnya diperlihatkan melainkan kepada suami atau mahram sahaja.
3. Bertingkah-laku dan bercakap dengan gaya yang boleh mengghairahkan lelaki.
4. Bergaul bebas dengan para lelaki.
5. Tidak memakai tudung kepala dengan sempurna hingga menampakkan rambut dan perhiasan-perhiasan di leher, telinga dan sebagainya.
6. Bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah kepada kaum lelaki. Ini termasuklah memakai gincu bibir, memakai pipi merah, berwangi-wangian di luar rumah dan sebagainya.

Apa dalil larangan bertabarruj?

Larangan tabarruj terkandung di dalam ayat 32 dari surah an-Nur dan juga larangan Allah dari bertabarruj yang terdapat dalam firmanNya;

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

“dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu….”

~ Al Ahzab: Ayat 33

Petikan dari blog: LAMAN FIQH ANDA - USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

* Sila KLIK DI SINI untuk ke RUANGAN ILMU.

~ Terima Kasih ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...