Sunday, June 9, 2013

* KISAH/SEJARAH ISLAM ~ DOA IBU AL QOMAH


GAMBAR HIASAN

Doa Ibu Al Qomah

Dalam kitab Al-Kaba'ir ada diceritakan mengenai seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang bernama Al-Qomah. Dia seorang yang taat lagi patuh dalam menjalankan perintah Allah. Suatu hari, dia telah jatuh sakit dan keadaannya sangat tenat. Perkara ini membimbangkan isterinya lalu segera dipanggilkan Rasulullah. Baginda telah mengirimkan Bilal, Ammar dan Suhaib ke rumah Al-Qomah bagi mengajarkan kalimah tauhid.

Sungguhpun Al-Qomah seorang yang dekat pada Tuhannya, namun beliau tidak mampu menyempurnakan kalimah tauhid itu. Hal tersebut segera disampaikan kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah melihat sendiri keadaannya, lalu baginda bertanya, "Apakah ibunya masih hidup?" Jawab isteri Al-Qomah, "Ya, tetapi sudah tua."
Lalu segeralah dipanggil ibunya datang berjumpa dengan Rasulullah.

Kata ibu itu, "Wahai Rasulullah! Anakku seorang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, begitu juga terhadapku. Tetapi aku merasakan yang dia lebih menyayangi isterinya berbanding aku. Inilah yang amat menyedihkanku."
Tahulah Rasulullah, disebabkan dosa terhadap ibunya, maka Al-Qomah tidak dapat melafazkan kalimah tauhid. Rasulullah lalu memerintahkan para sahabat mengumpulkan kayu api untuk membakar Al-Qomah.
Mendengarkan keputusan yang dibuat oleh Rasulullah, maka menangislah ibu Al-Qomah dan membantahnya.

Jawab Rasulullah, "Sebenarnya azab Allah nanti lebih dahsyat bahkan kekal, kalau engkau mahu dosanya terampun, maka eloklah engkau maafkannya sekarang." Pada ketika itu juga ibu Al-Qomah bersumpah dengan nama Allah yang dia telah mengampunkan dosa anaknya. Lalu Bilal segera ke rumah Al-Qomah dan mendapatinya telah dapat menuturkan kalimah tauhid dengan sempurna.

Sekian.

Source: Diari Islamiah.

* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...