Pada zaman Nabi Isa a.s. ada seorang wanita yang sangat kuat imannya. Pernah terjadi ketika ia sedang membakar roti tiba-tiba terdengar suara azan lalu dengan serta merta ia meninggalkan roti itu dan segera beredar ke masjid. Pada masa ia sedang solat itu datanglah syaitan membisikkan padanya, "Saudaraku! rotimu telah hangus, kamu sudah tidak ada makanan lagi." Jawab wanita itu, "Tuhan yang aku sembah lebih baik dari roti yang aku bakar." Syaitan berasa kecewa kerana usahanya tidak berhasil.
Selepas solat wanita ini meletakkan pula anakknya di tempat pembakaran roti. Hal ini dilihat oleh suaminya sendiri lalu mendapatkan Nabi Isa dan diceritakan segalanya. Nabi Isa yang datang dengan sendirinya menyaksikan hal ini juga merasa hairan melihatkan anak-anak itu bermain dengan bara api. Bara api itu kemudiannya berubah pula menjadi batu permata yang indah. Nabi Isa lalu memerintahkan orang memanggil wanita ini datang mengadapnya. Berkatalah Nabi Isa, "Wahai hamba Allah, apakah amalanmu sehingga kamu mendapat kemuliaan ini?"
Jawab wanita, "Wahai nabi Allah, aku sentiasa beramal dengan 3 perkara dan aku jaga 3 perkara. Apa yang aku beramal ialah, aku sentiasa menziarahi orang mati, apabila ada diantara orang yang hadir itu menyebut keburukan simati maka aku akan cela orang itu dan sekiranya ada yang datang meminta bantuanku, jika aku berkuasa insya-Allah aku akan menolongnya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Hanya itu sahaja amalanku."
Sekian.
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya."
~ Al Baqarah: Ayat 82
Source: Diari Islamiah.
* Please CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA