Sunday, June 23, 2013

* KISAH/SEJARAH ISLAM ~ MALAIKAT PERIBADI




Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua orang malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang di sebelah kiri. Sekiranya seorang anak Adam melakukan dosa, maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan. Katanya, "Apakah yang harus aku catitkan?" Kata Malaikat di seblah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga dia melakukan 5 kesalahan."

Malakat di sebelah kiri bertanya lagi, "Kalau dia telah melakukan 5 kesalahan apa yang harus aku catitkan? "Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga dia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu, hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkanya lalu berkata, "Kalau begini, sampai bilakah aku akan dapat merosakkan anak Adam. "Demikianlah rahmat Allah pada hambanya. Kasih sayangnya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya sahaja yang lalai dan leka dengan keseronokan serta kemewahan.

Sekian.

Sumber: Diari Islamiah.

* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...