1. NASI LAMBAT BASI
Setelah nasi mendidih masukkan 2-3 kuntum bunga cengkih dan sedikit garam.
2. PENAWAR SAKIT KEPALA
Tumbuk beberapa helai daun sawi dengan sedikit garam dan air hingga lumat. Sapukan bahan itu pada dahi.
3. MERAWAT KUDIS API
Ambil 2 urat akar tuba, tumbuk lumat dan campurkan dengan sedikit santan. Sapukan ramuan pada bahagian kudis.
4. MELEBATKAN JAMBANG
Lumurkan jambang dengan telur ketam yang masih mentah.
5. MENGHILANGKAN PANAU
Tumbuk lengkuas hingga lumat dan perahkan airnya. Sapukan pada panau tersebut.
6. MEWANGIKAN PELUH
Rebus 20-30 helai daun sirih dengan 3 gelas air dan minum setiap pagi selama 3 hari berturut-turut.
Ambil segelas air, masukkan sesedu madu lebah, sebiji kuning telur (ayam kampung) dan perahan air halia. Minum setiap pagi sebelum sarapan.
8. MENGHILANGKAN PANAS BADAN
Sediakan air asam jawa dan simpan semalaman sebelum diminum.
9. MERAWAT KULIT
Berendam dalam air laut selama 1-2 jam dan bilas sehingga bersih.
10. PETI SEJUK TIDAK BERBAU
1. Ambil bawang besar dan potong dua. Separuh bahagian boleh digunakan dan separuh lagi letakkan di sudut bahagian dalam peti sejuk (jangan gunakan semula bawang tersebut).
2. Boleh juga gunakan seketul arang yang belum dibakar.
3. Letakkan kulit nenas yang telah dipotong.
4. Sekeping roti juga mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan.
11. MERAWAT DEMAM KUNING BAYI
Bersihkan 5-6 batang serai muda dan rebus hingga mengeluarkan bau. Bila ramuan telah suam, lalu mandikan bayi. Lakukan 1 kali sehari.
12. MENGHARUMKAN BAU DALAM KERETA
Letakkan beberapa helai daun pandan yang cukup matang di bawah kerusi depan dan belakang.
* Kita hanya mampu berusaha. Keberkesanan dan kesembuhan adalah kehendak Allah dan dengan izin-Nya. Maka mulakan sesuatu dengan bacaan Selawat dan Basmallah.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA