Thursday, June 6, 2013

* RESEPI ~ BISKUT ALOHA (PERASA/PEWARNA COKLAT)




Bahan-bahannya:
1. Butter/marjerin ~ 1 cawan
2. Gula kastor ~ Setengah cawan
3. Tepung kastad ~ 1 cawan
4. Tepung jagung ~ 1 cawan
5. Tepung gandum ~ 1 setengah cawan
6. Esen vanilla/ros (jika suka) ~ Suku camca kecil
7. Serbuk coklat/koko ~ Secukupnya

Cara membuatnya:
1- Pukul butter dan gula dengan pemukul telur hingga sebati tapi tak perlu sampai kembang.
2- Masukkan tepung jagung dan tepung kastad sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan gaul sehingga adunan rata.
3- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan serbuk coklat hingga rata.
4- Setiap bahagian dipecahkan pula kepada ketulan kecil, cantum dan pintalkan kedua-dua bahagian tersebut sebelum dimasukkan ke dalam acuan (maruku).


Photo
BEGINILAH RUPA DAN BENTUK ADUNAN
SEBELUM DIMASUKKAN KE DALAM ACUAN

5- Terbalikkan acuan dan tekan hingga padat dengan tapak tangan serta potong (mengikut saiz yang anda mahu) dengan menggunakan benang dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah disapukan dengan mentega.
6- Bakar dengan suhu 160c selama 15-20 minit bergantung kepada ketebalan biskut.

Nota:
* Jika adunan terlalu lembut, campurkan sedikit lagi tepung gandum.
* Gunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi untuk hasil yang lebih sedap.
* Jika anda tidak suka perasa atau pewarna coklat, boleh juga gunakan pewarna lain seperti pewarna/perasa pandan, ros, keladi dan sebagainya.

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...