Tuesday, June 11, 2013

* RESEPI ~ KEK/PUDING BATIK MERRY PERASA KOPI





Bahan-bahannya:
(A)
250 g susu pekat (setengah tin dari saiz 505 g)
100 g milo
3 biji telur gred A
50 g marjerin (saya guna Planta)
200 ml air (1 cawan)
30-40 g serbuk koko (saya guna cap Ros)
50-60 g gula pasir (saya guna 60 g)
(B)
250 g biskut merry perasa kopi (patahkan 4)

Cara membuatnya:
1- Masukkan kesemua bahan (A) ke dalam kuali (jangan buka api) bermula dengan bahan kering.
2- Kacau sebati dan buka api (sederhana) serta kacau perlahan sehingga pekat (tidak berair).
3- Masukkan biskut merry dan kacau sehingga rata dan biskut sedikit lembut kemudian tutup api.
4- Tuang dalam acuan (sebaiknya acuan plastik supaya mudah dikeluarkan atau dipotong) dan tekankan sehingga bahagian atas rata dan licin dengan menggunakan pisau plastik (yang biasa kita gunakan untuk mengacau adunan kek).
5- Pastikan suhu panas berkurangan sebelum disimpan di dalam peti sejuk.


Nota:
* Puding ini sedap dimakan sejuk.
* Jika suka anda boleh taburkan sedikit serbuk kacang tanah (yang telah disangai dan dihancurkan) atau coklat rice di atas puding.
* Gambar puding di atas adalah hasil tangan anak saya yang baru belajar membuatnya. Maaf kalau kurang menarik kerana mungkin ia tidak dikacau rata. Apapun rasanya tetap sedap. InsyaAllah gambar akan diperbaharui kemudian.

# Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...