Bahan-bahannya:
1. Agar-agar (jelly strip) ~ 20 gram (jangan direndam)
2. Air ~ 1500 ml
3. Susu pekat manis ~ 1 tin (505 gram)
4. Roti putih tanpa kerak ~ 3 keping (direndam dan dihancurkan dalam 100 ml air)
5. Serbuk coklat/koko ~ 3-4 camb. (dibancuh dengan sedikit air panas)
Cara membuatnya:
1- Masak agar-agar dengan air hingga betul-betul hancur.
2- Masukkan susu pekat (sambil dikacau supaya susu tidak hangus di dasar periuk) dan disusuli roti. Masak sebentar lagi hingga mendidih.
3- Angkat dan tuang separuh bahagian ke dalam loyang atau acuan sebagai asas puding dan biarkan sebentar.
4- Sementara itu, bakinya dicampurkan dengan bancuhan coklat tadi. Didihkan sebentar lagi, angkat dan tuang sesenduk demi sesenduk ke atas puding tanpa warna tadi pada tempat yang berbeza, sehingga habis.
5- Sejukkan di tempat biasa sehingga hilang kepanasan sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Nota:
* Lebihkan bahagian yang berwarna coklat untuk lebih sedap sekaligus menghilangkan bau roti.
* Puding yang terlalu lama berada di dalam peti sejuk akan menjejaskan rasa dan warnanya.
* Jika anda suka manis, boleh tambahkan beberapa sudu lagi susu atau gula.
* Jangan masukkan roti lebih dari 3 keping kerana teksturnya akan berubah dan lembik.
* Saya lebih suka menggunakan roti benggali (jenis lama tanpa kerak).

Jumlah hidangan:
* Untuk saiz seberat 100 gram = lebih kurang 40 potong.
# Please CLICK HERE to see more RECIPES.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA