Monday, July 22, 2013

* SAJAK ~ LALUAN MISTERI




LALUAN MISTERI


Demi sebuah cita murni, dia menuju ke destinasi
dengan langkah tersusun dan gerak geri yang santun
seorang diri meneruskan misi berani
dan anjakan paradigma yang bertitikan semangat waja
namun... tanpa perisai yang kukuh akhirnya dia terjatuh
dan terluka kakinya tersadung si dahan nan rapuh

Hadir di sisinya...
seorang lelaki dengan sekuntum bunga
yang hampir layu di tangannya
memandang cuma
enggan dia membantu malah terus berlalu
pun sempat tersenyum sinis, bibirnya yang berkumis

Tanpa seculin gelora menutupi wajah, dia meneruskan aspirasi
biarpun watak misteri menyelubungi setiap mimpi
dan dalam hela nafas dia tetap akur
biarpun berkali-kali dia harus tersungkur
dengan lafaz bismillah dia tetap mengukir senyuman
dan.... destinasi yang dicari, kembali diteruskan....

By: * Ozie Mahsa (21st. July 2013)

* Please CLICK HERE to see more POEMS.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...