Please click on the images to view actual size.
Saya sukankan yang 'simple' tapi kemas dan bersih.... Untuk meja makan saya lebih suka menggunakan lapik/alas jenis 'fabric' berbanding jenis 'plastic'. Jenis plastik harus dibersihkan dengan betul. Jika tidak ia akan meninggalkan bau dan kesan lekitan. Dengan 'fabric' saya cuma perlu 'campakkan' ke dalam 'washing machine' bila kotor...hehee.... 'Table mats' dan 'table runners' mungkin boleh membantu bagi mengelakkan lapik meja dari mudah terkena kotoran dan 'memaksa' kita untuk lebih kerap membasuhnya. Selain itu meja makan juga akan kelihatan lebih cantik. Pun begitu untuk lebih 'selamat' dan lebih cantik mungkin, ada juga yang memasang 'tempered glass' untuk meja mereka. So, tak perlu terlalu kerap menukar lapik meja. Tapi, bosan juga kalau asyik 'terpandang' lapik meja yang sama. Untuk kerap menukar bukanlah kerja yang mudah kerana 'glass' tersebut teramatlah beratnya...hehee...
'Table runner' dalam gambar ini adalah dari hasil kerja tangan saya sendiri. Untuk membuatnya anda cuma perlu membeli 1 meter kain yang ukuran lebarnya 60 inci (kain yang tebal lebih baik) dengan harga dari RM6 dan ke atas, dan boleh dapat 1 lapik meja (double sided) yang panjangnya 60 inci. Lebar ikut sukalah.... Biasanya dari 13-20 inci. Kalau kita beli yang 'ready made', harganya dalam RM20 ke atas lebih kurang begitulah.... So, kalau rajin, bolehlah jahit sendiri. Kalau malas, beli ajalah ya...
Contoh jenis-jenis 'table runners'. |
Tentang bakul dan bunga tu pula, memang saya sengaja letakkan makanan ringan (untuk kudapan) dan bunga sekali. Boleh terus duduk dan makan di meja atau angkat dengan bakul-bakulnya sekali untuk dibawa ke ruang menonton. Dan lagi, bila tiba waktu 'lunch' atau 'dinner', kita perlukan ruang, so mudah untuk di alihkan ke tempat lain dulu. Maklumlah meja pun kecil. Lagi pun, taklah rasa 'semak' sangat meja tu dengan pasu, bunga dan bekas-bekas....hehee...
* Please CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA