Wednesday, September 18, 2013

* INFORMASI ~ PENJAGAAN KESIHATAN/HEALTH CARE



APA PATUT BUAT SEJURUS BANGUN PAGI
Oleh: Muhd Rizal Baharom

Gosok gigi! Bukan... dapatkan segelas air putih dan campurkan dengan sesudu madu lebah (guna sudu plastik). Amalkan setiap pagi sebelum menggosok gigi. Ketika ini banyak bakteria-bakteria baik dan enzim terkumpul di dalam mulut anda.

Bila menyentuh soal madu. Anda haruslah berhati-hati memilih madu di pasaran kerana kebanyakkannya tidak tulen atau dengan kata lain madu tiruan. Pastikan ia mendapat pengesahan agensi/jabatan kerajaan atau pun anda tahu sumber di mana madu tersebut diperolehi. Bagi yang mahir mungkin beberapa ujian boleh dilakukan untuk mengenalpasti keaslian madu lebah. Jika salah madu penyakit pula yang datang. 

Alangkah baiknya jika di setiap rumah ada menyimpan sebotol madu kerana ia mempunyai terlalu banyak manfaat dan dengan cara ini juga akan membantu meningkatkan permintaan terhadap madu lebah. Apabila permintaan meningkat para pengusaha akan menambah bilangan koloni lebah dan disamping mengumpul nektar, lebah-lebah ini akan membantu mendebungakan lebih banyak tanaman dan seterusnya dapat meningkatkan hasil tanaman, pendapatan petani dan pendapatan pengusaha lebah madu itu sendiri.

Selepas minum air bercampur madu, makanlah pisang kerana pisang memberikan tenaga segera dan vitamin yang diperlukan untuk melakukan tugasan seterusnya. Jika sukar untuk menyediakan pisang, kurma dan kismis juga amat sesuai untuk diet tenaga segera.

Tidak perlu lagi kita ragu-ragu kerana madu adalah makanan sunnah Nabi s.a.w. Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.”

Rasulullah s.a.w. meminum madu itu sebelum makan pagi yang dibantu dengan air (air yang hendak digunakan untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah s.a.w). Pada tiap-tiap pagi campurkanlah air ini dengan sesudu madu lalu diminum dengan membaca selawat ke atasnya sebanyak tiga kali.

Dari Ibnu Abbas r.a Nabi s.a.w. bersabda; ”Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga perkara 1)Berbekam, 2)Minum Madu, 3)Bakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. (Hadis riwayat Bukhari).

Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan mendapati kebenaran fakta berkaitan pengambilan air bersama madu. Diantaranya adalah ia dapat meningkatkan daya tahan diri terhadap penyakit. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati!



Mohon SHARE kiranya ia baik untuk ibubapa, keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Sebarkan agar makanan sunnah Nabi s.a.w diamalkan oleh sekalian umat. Inshaallah.

Source: Jabatan Pertanian Malaysia

* Please CLICK HERE to see more INFORMATIONS.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...