Tuesday, September 3, 2013

* TIP ~ MENYIMPAN MEE KUNING




Lazimnya selepas membeli (dalam jumlah yang banyak) kita akan menyimpan mee kuning terus ke dalam peti sejuk sebelum menggunakannya. Apabila terlalu lama menyimpan, mee akan menjadi keras dan sukar dibersihkan ketika hendak digunakan. Ini akan mengambil masa yang lama untuk menunggu ia lembut semula. Pun hasilnya tetap mengecewakan kerana semasa proses mencuci mee akan putus-putus dan berderai.

Cara ini mungkin boleh membantu. Celurkan mee yang dibeli ke dalam air panas sebentar dan tapiskan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik atau bekas bertutup dan disimpan ke dalam peti sejuk (bawah). Hasilnya mee akan kekal lembut dan boleh terus dimasak walaupun telah disimpan selama 6-7 hari atau mungkin lebih, bergantung kepada jenis mee yang anda beli dan bila ia diproses dan dikeluarkan.

Selamat Mencuba!

Nota:
- Jangan gunakan air panas yang sama untuk mencelur mee dari bungkusan yang kedua.
- Jika anda terpaksa mencelur mee dalam jumlah yang banyak, pastikan air panas berpadanan dengan jumlah mee yang dicelur.

* Please CLICK HERE to see more TIPS.

~ Thank You ~

6 comments:

  1. baru dapat nak komen..Thanks tips tu...

    ReplyDelete
  2. hehee... you're welcome memmetlenggeng (panjangnya nama)

    ReplyDelete
  3. hehe, nama betul zila. Tu nama blog je..

    ReplyDelete
  4. Zila...akak dah tahu... bangga ayah...hehee..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih tip tu. Tapi simpan dlm freezer atau chiller?

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...