Wednesday, October 9, 2013

* CERITERA ALAM ~ GELAGAT SEPASANG SUAMI ISTERI




Kejadian Spontan Di Sebuah Pasaraya.

Di sebuah pasaraya, sepasang suami isteri sedang sibuk membeli belah. Apabila lalu di sebuah kedai menjual kasut-kasut wanita berjenama mahal, si suami mengarahkan isterinya masuk untuk melihat kasut-kasut di situ. Setelah membelek belek si suami berkata, "Yang ni cantik, belilah". Si isteri lalu mengambil kasut yang ditunjukkan oleh suaminya itu, dan segera melihat tanda harganya di bahagian belakang kasut. Tertulis 'RM 290.00'. Harganya jauh berbeza dari harga kasut-kasut yang pernah di belinya sebelum ini.

Terkejut dengan harganya, si isteri meletakkan semula kasut tersebut dan mengajak suaminya keluar dari kedai itu. Sambil mereka berlalu keluar si suami bertanya, "Kenapa awak tak nak beli?" "Tak payahlah, mahal sangat harganya." Balas si isteri. "Ambil jelah". Si suami terus mendesak. Tetapi si isteri tetap enggan kerana berasa tidak berbaloi membeli kasut semahal itu. "Apalah awak ni, ambil jelah, bukan awak yang bayar, saya yang bayar." Si suami mula marah marah. Si isteri hanya berdiam diri dan tetap enggan membelinya.

Hmm.... Begitulah alkisahnya. Daripada cerita di atas, apakah rumusan atau kesimpulan yang anda dapat. Siapakah yang anda rasakan, bersikap atau bertindak lebih profesional, realistik dan tulus?

* Please CLICK HERE to see more STORIES.

~ Thank You ~

4 comments:

  1. isteri yang bagus. Tapi suaminya pun bagus juga, mungkin sekali sekala nak reward isterinya, tp isteri taknak susahkan suami

    ReplyDelete
  2. tuluskah suami nak belanja? tuluskah isteri menolak tawaran? hehee.... jangan berprasangka buruk kat mereka kan....?

    ReplyDelete
  3. sifat toleransi sangat penting dalam setiap pasangan suami isteri..

    ReplyDelete
  4. thanks Sue... tarbiah hati untuk bersederhana.... mungkin itu yg si isteri amalkan...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...