Wednesday, October 9, 2013

* CERITERA ALAM ~ KEAJAIBAN NALURI




Beberapa hari yang lalu saya ke sebuah pasaraya borong di Lembah Kelang, bersama famili untuk mencari satu barang penting. Teringat pula seorang sahabat yang berkerja di salah sebuah butik di situ. Kebetulan kami memang sudah bertahun tidak bertemu. Hanya berchatting melalui sms sekali sekala. Dalam perjalanan ke sana, di dalam kereta lagi saya asyik teringatkan dia. Sempat juga saya berkata kepada suami, "Kalau ada rezeki nak jumpa, jumpalah." Saya memang sengaja tidak mahu menelefon sahabat saya itu, memandangkan kami tidak akan lama di pasaraya tersebut kerana ada urusan lain yang ingin dibuat selepas itu. Lagipun mustahil rasanya boleh mencari dalam masa yang singkat, kerana keadaan pasaraya yang sesak dan agak luas.

Tiba di pasaraya, sepanjang jalan menuju ke tempat barang yang dicari, melilau jugalah mata memerhati, manalah tahu kalau kalau boleh terserempak dengan sahabat saya itu nanti. Naluri bergelora dan bayangan sahabat terus bermain di mata. Turun naik tangga, keluar masuk lif, tiba-tiba, "Hoi!!" Ada suara menegur dan menerpa dengan amat teruja. Sekujur tubuh sahabat telah pun berada di hadapan mata. Terkejut juga saya. Subhanallah. Kecilnya dunia dan besarnya kuasa Ilahi. Benarlah kata-kata yang selalu kita dengar, "Kalau dah memang ada niat, mesti kita akan dapat". Cuma masanya saja, tidak boleh kita jangka. Yang pasti, gerak hati di tentukan oleh Allah yang Maha Mengetahui. Wallahualam.


* Please CLICK HERE to see more STORIES.

~ Thank You ~

3 comments:

  1. salam kembali.. T.kasih sudi singgah.

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang kalau hati kuat ingat kat seseorang, ada kemungkinan orang tu ingat kat kita juga. Itulah naluri

    ReplyDelete
  3. yes Zila... mudah mudahan....ikatan semakin rapat...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...