Monday, October 21, 2013

* CERITERA ALAM ~ UBAT-UBATAN DAN MAKANAN TAMBAHAN


Contoh


Bercerita tentang ubat-ubatan dan makanan tambahan, timbul persoalan, perlukah kita mengambil semua ini untuk terus kekal sihat? Jawapannya ada pada diri masing-masing. Kesibukan hidup dan kesuntukkan masa adalah antara faktor yang menyebabkan kita mungkin leka, lalai dan terlupa untuk menjaga kesihatan dan memastikan apakah makanan yang kita ambil setiap hari itu, mengandungi diet yang seimbang. Justeru itu, hal inilah yang mungkin memaksa kita untuk terus mengambil semua itu sebagai 'bantuan kecemasan' ...hehee....

Antara sebab lain mengapa kita perlu makan ubat-ubatan dan makanan tambahan ini, adalah faktor usia. Sepertimana yang kita semua ketahui, tubuh seseorang yang semakin berusia memerlukan lebih banyak vitamin untuk mengelak dari timbulnya berbagai masalah kesihatan. Maka dengan sebab itulah, 'terpaksa' juga saya 'telan' ubat-ubat dan makanan tambahan ini, setiap hari walaupun ada kalanya, terasa agak jemu dan membosankan. Namun demi untuk menjaga kesihatan agar tiada banyak masalah yang timbul, saya 'layan' jugalah.... Anda bagaimana? 


Contoh

Pun begitu, kehendak Allah tiada siapa yang tahu. Kita hanya boleh berusaha melakukan apa yang terbaik untuk diri sendiri.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...