Wednesday, October 30, 2013

* KISAH IKHTIBAR ~ LILIN


Image by Google

LILIN 

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan 2 orang anaknya. Pada suatu malam tiba-tiba lampu mati. Dengan bantuan cahaya telefon bimbit dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yang mengetuk pintu, ternyata anak miskin sebelah rumah. 

Anak itu bertanya dengan risau: "Kakak, ada lilin tak?"
Gadis itu berfikir: JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, ..."TIDAK ADA!!".
Ketika itulah si anak miskin berkata dengan riang: "Saya sudah duga kakak tidak ada lilin, ini ada 2 batang lilin saya bawakan untuk kakak. Kami bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."
Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata dia memeluk anak kecil itu erat-erat.

Sahabat, janganlah kita mudah BERPRASANGKA, dan BERKONGSILAH...kerana kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak kita ADA, tetapi berapa banyak KITA BOLEH MEMBERI. 

SEMOGA MENDAPAT MANFAAT, IN SHA ALLAH

Sumber: Facebook sahabat
~ Thank You ~

3 comments:

  1. Sungguh bermakna. Kita terlalu mudah beranggapan yang tidak baik. Walhal kita tidak sedar, kadang kala yang kita fikir itu, salah semuanya.

    ReplyDelete
  2. walau siapa pun kita , perlu ada sifat insaniah ...

    ReplyDelete
  3. peringatan kat kita supaya jangan berprasangkan dan sombong kan...Tuhan kalau nak tarik rezeki kita bila-bila aje..

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...